Sejarah penubuhan Kedai Jahit Zuraidah

Assalamualaikum... hai semua !

Jika anda merupakan warga Kuala Berang, anda pasti kenal Pasar Besar Kuala Berang.

Di manakah terletaknya Pasar Besar Kuala Berang?

Inilah Pasar Besar Kuala Berang yang terletak di Pekan Kuala Berang, daerah Hulu Terengganu

Apa yang menarik tentang Pasar Besar Kuala Berang ini ialah lokasinya yang sangat strategik kerana terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Berang. Pasar ini terletak berhadapan dengan Padang Bola Kuala Berang, bersebelahan dengan SMO Bookstore Kuala Berang dan di belakangnya berdiri teguh bangunan kedai milik MARA.

Hal ini memudahkan ia untuk diakses menggunakan pengangkutan awam seperti teksi dan van sapu. Selain itu, di sekeliling pasar ini juga terdapat banyak parking kereta dan motorsikal dan ia sangat memudahkan warga Kuala Berang untuk ke pasar ini.

Apa yang ada dalam Pasar Besar Kuala Berang?

Pasar Besar Kuala Berang merupakan pusat niaga untuk jurujual kecil bagi pemilik kedai makan, tukang jahit, penjual sayur, penjual ayam, penjual ikan, penjual daging dan peruncit kecil.

Untuk pengetahuan anda semua, Pasar Besar Kuala Berang yang tersergam indah di Pekan Kuala Berang itu adalah pasar yang baru. Pasar lama telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Pasar Besar Baru Kuala Berang.

Inilah Pasar Lama Kuala Berang

Bilakah wujudnya Kedai Jahit Zuraidah?

Kedai Jahit Zuraidah mula dibuka seawal tahun 2004 di Pasar Besar Kuala Berang (Pasar Lama).

Inilah kedai pertama milik Puan Zuraidah yang bertempat di Pasar Lama Kuala Berang

Siapakah pemilik Kedai Jahit Zuraidah?

Kedai Jahit Zuraidah merupakan kedai milik Puan Zuraidah Binti Mat Adam, atau turut dikenali dengan nama panggilan "Kak Dah" atau "Zura".

Puan Zuraidah merupakan lulusan IKBN dalam bidang jahitan dan pernah menjadi guru jahitan dan juga guru PASTI.

Bagaimanakah Kedai Jahit Zuraidah boleh wujud?

Sebelum tertubuhnya Kedai Jahit Zuraidah, Puan Zuraidah pernah menjadi tenaga pengajar dalam bidang jahitan. Kemudian, beliau mula mengambil tempahan dan menjahit di rumah.

Kemudian, ketika mula-mula berpindah ke Kuala Berang, Puan Zuraidah telah mengambil keputusan untuk mencuba membuka kedai sendiri kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang jahitan dan ia juga sebagai langkah pertama memasarkan diri sendiri sebagai tukang jahit yang professional.

Inilah Kedai Jahit Zuraidah yang pertama dibuka

Baju pelanggan digantung sebagai tarikan


Selepas Pasar Lama Kuala Berang ini dirobohkan, pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) telah membina pasar sementara untuk para peniaga dan penjaja yang berniaga di Pasar Besar Lama Kuala Berang.

Ini adalah premis bagi Kedai Jahit Zuraidah di Pasar Sementara

Selepas Pasar Baru Kuala Berang siap dibina, Kedai Jahit Zuraidah telah berpindah ke kedai bernombor 77.



Kedai Jahit Zuraidah bernombor 77 di Pasar Baru Kuala Berang di tingkat 2 (tingkat atas)

Setelah beberapa tahun bertapak di Pasar Besar Baru Kuala Berang di tingkat atas, akhirnya Puan Zuraidah telah berpindah ke tingkat bawah.

Kini, Kedai Jahit Zuraidah masih beroperasi seperti biasa di Pasar Besar Kuala Berang, cuma nombor kedai telah pun berubah kepada No 14, tingkat bawah Pasar Besar Kuala Berang, 21700 Kuala Berang, Terengganu.

Kedai Jahit Zuraidah mempunyai sliding door dan tertera signboard bertulis "Zuraidah Bt Mat Adam"

Inilah Kedai Jahit Zuraidah yang terkini

Apakah pencapaian Kedai Jahit Zuraidah sehingga kini?

Alhamdulillah sehingga kini, nama Kedai Jahit Zuraidah telah dikenali ramai dan mempunyai ramai pelanggan tetap. 

Artis-artis dari Kuala Lumpur juga pernah menempah baju dengan Puan Zuraidah di Kedai Jahit Zuraidah di Kuala Berang. Antara yang setia ialah pelakon Rosnah Johari. Mereka sanggup mengepos baju dari Kuala Lumpur ke Kuala Berang semata-mata untuk mendapatkan khidmat jahitan Puan Zuraidah yang semestinya kemas, cantik, memuaskan dan yang paling penting sekali, harganya murah dan berpatutan.

Jadi jika anda ingin menempah baju atau ingin membuat sebarang tempahan langsir, atau ingin repair baju/seluar, ingin kelim tepi dan sebagainya, boleh lah datang ke Kedai Jahit Zuraidah.

Boleh juga whatsapp 013 680 39 41 untuk temujanji.

Post a Comment

0 Comments