Kini di Pasar Baru ....

Bermula awal Julai, Kedai Jahit Zuraidah memulakan operasinya di Lot 77, Tingkat Atas, Pasar Baru Kuala Berang.
 (Bangunan Pasar Baru Kuala Berang)
Bermula dengan penyerahan kunci premis oleh pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) pada 4hb. Julai, diikuti dengan majlis ringkas membaca doa selamat pada hari Jumaat 8hb. Julai dan keesokannya 9hb. Julai, 2011 bermulalah lembaran baru Kedai Jahit Zuraidah di tempat baru (Lot kedai) yang lebih selesa .
(Pemandangan di dalam kedai)
Tetapi agak malang sedikit, dengan majoriti peniaga sudah berpindah dari pasar sementara ke bangunan pasar baru, pihak MDHT seakan belum bersedia dengan pembukaan pasar baru ini. Kebersihan ruang legar , tangga dan koridor sedikit mendukacitakan, najis burung yang bertaburan di ruang legar, najis kucing di tangga dan sampah sarap merata-rata. 



MDHT masih lagi belum menugaskan sebarang pekerja samada staf MDHT atau kontraktor untuk menjaga kebersihan pasar baru ini.
Bagi peniaga mungkin keadaan begitu kurang terasa sangat tetapi bagi pengunjung mungkin sesuatu yang akan mengurangkan "selera" mereka untuk berkunjung ke pasar baru ini. 
Begitu juga keadaannya dari segi keselamatan, tiadanya petugas samada staf MDHT sendiri atau pun pengawal keselamatan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan bangunan pasar baru ini dan juga harta benda peniaga yang ada di dalam pasar ini.

Post a Comment

0 Comments